Wednesday 12 October 2011

Cadangan Kompleks Pelajar Putera

Pihak Pentadbiran bercadang untuk menyiapkan Kompleks Pelajar Putera yang mengandungi
a) seunit bangunan Surau dan Madrasah 2 tingkat.
b) 2 unit bangunan setingkat yang terdiri bilik wuduk dan tandas lelaki dan perempuan


Oleh kerana keperluan kewangan bagi menjayakan Institusi Pendidikan ini masih belum mencukupi maka pihak pentadbir mengalu-alukan sumbangan Dato'/Datin/Tuan/Puan pada bila-bila masa.


Pihak institusi ini memanjatkan syukur ke hadrat illahi di atas sumbangan yang telah diterima dari dermawan bagi merealisasikan tujuan murni ini.

Pendapatan dan Belanja Mengurus (Bulanan)


PERBELANJAAN
a) Saguhati Guru dan Petugas (11 orang) RM500.00 x 11  RM 5,500.00
b) Bekalan air  RM1,000.00
c) Bekalan elektrik RM15,00.00
d) Penyelenggaraan bangunan RM1,000.00
e) Pengangkutan dan lain-lain RM1,500.00
f) Makanan RM6.00 x 120 pelajar x 30 hari RM21,600.00

JUMLAH RM32,100.00

PENDAPATAN

Yuran sebeulan berbayar 100 orang x RM200 RM 20,000.00

KEKURANGAN  sebulan RM 12,100.00

Nyatalah sumber kewangan Maahad Tahfiz ini sangat terhad dan seringkali tidak cukup untuk membiayai belanja mengurus, keperluan dana untuk membina bangunan penting adalah lebih tinggi daripada di atas. maahad terpaksa mengharapkan sumbangan berupa derma dan bantuan orang ramai.




Oleh yang demikian, kami merayu apalah kiranya Tan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan menghulur apa jua sumbangan yang sesuai.

Selain kewangan, kami bersedia menerima bahan binaan, perabot, katil,tilam, peralatan mengajar seperti komputer dan sebagainya.
Bekalan beras dan apa jua barangan yang boleh dimanfaatkan oleh Maahad.

Sukacita juga kami menjemput Tan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan ke Maahad ini untuk mengenali kami secara dekat dan melihat usaha-usaha murni yang sedang dijalankan dari segi pendidikan, pengurusan dan pembangunan.
Perhatian dan budi baik Tan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/Puan amat dihargai dan disanjungi. terima kasih. wassalam

Pengenalan



Pada mulanya Sekolah Agama Al-Naim ditubuhkan bertujuan melahirkan generasi bertaqwa yang menguasai Al-Quran dengan betul,tepat, mantap dan sempurna. Ia didirikan pada 1 Januari 1984 dan beroperasi di 
Desa Murni, Kuala Ketil Kedah dan didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan. ( No/K02A008)Senarai Sekolah Agama Negeri Kedah


Sekolah Agama Al-Naim menawarkan pengajian Al-Quran,Agama dan Bahasa Arab. Memandangkan keperluan pengajian lanjutan kepada pelajar yang tamat di Sekolah Rendah Al-Naim, maka mulai tahun 2005, pengajian tahfiz Al-naim sepenuh masa untuk melahirkan hafiz dan hafizah ditubuhkan. Maahad ini didaftarkan dengan jabatan Hal Ehwal Agama islam Negeri Kedah ( No.2/2008) mengikut seksyen 13(1) enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah agama Islam 1988.


Pada sesi 2011, Maahad tahfiz Al-Naim mempunyai seramai 120 pelajar (60 lelaki dan 60 perempuan). Mereka diasuh oleh 8 orang guru dengan bantuan 3 petugas. Pelajar dikenakan yuran makan dan asrama RM200 sebulan. Pelajar miskin dan anak yatim diberi bantuan dan kelonggaran yuran.